KUALA LUMPUR: Seorang pegawai polis yang didakwa berada di sekitar lokasi kes bunuh di Jalan Telawi 2, Bangsar pada Sabtu selepas video kejadian gaduh di kawasan itu tular, disahkan berada di luar waktu bertugas ketika itu.
Ketua Polis Daerah Brickfields ACP Anuar Omar berkata inspektor berusia 27 tahun yang merupakan pegawai penyiasat jenayah Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Selangor itu mengaku berada di lokasi kejadian, namun dia tidak membawa sebarang senjata api bersamanya kerana tidak bekerja, dan dalam kelepasan tugas.
"Hasil temu bual, pegawai itu memaklumkan dia telah pergi ke Bangsar bersama rakannya untuk makan malam dari rumahnya di Subang Jaya. Semasa kejadian, dia bersama kawannya dalam perjalanan untuk mengambil kereta yang diletakkan berhampiran kawasan itu.
"Semasa hendak membuat laporan berhubung kejadian itu, dia mendapati kenderaan polis telah sampai di tempat kejadian, dan dia terus pulang ke rumah," katanya dalam kenyataan Ahad.
Anuar berkata video tular itu turut dirakam oleh rakan kepada pegawai polis berkenaan.
BACA: Lelaki terlibat pergaduhan Bangsar ditahan, suspek lain sedang diburu - Polis
BACA: Lelaki maut ditikam botol dalam pergaduhan di Bangsar
Terdahulu, media melaporkan seorang individu dipercayai anggota polis yang dirakam dalam video tular itu didakwa hanya melihat tanpa melaporkan satu kejadian pergaduhan yang berlaku kira-kira pukul 1.00 pagi yang mengakibatkan seorang maut manakala seorang lagi cedera parah.
Seorang lelaki warga tempatan berusia 26 tahun ditahan di Selayang Batu Caves semalam bagi membantu siasatan kes berkenaan dan polis masih mengesan beberapa suspek yang telah dikenal pasti.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Mar 14 2021
Seorang individu dipercayai anggota polis yang dirakam dalam video tular didakwa hanya melihat tanpa melaporkan satu kejadian pergaduhan yang berlaku kira-kira pukul 1.00 pagi Sabtu di Bangsar. - Foto tular
[LAPOR LANGSUNG] Helikopter terhempas: Nasib Presiden Raisi belum diketahui
Seorang pegawai berkata, nyawa Raisi dan Hossein Amirabdollahian berada dalam risiko berikutan nahas itu.
Helikopter terhempas: Nasib Presiden Raisi belum diketahui
Laporan awal menyatakan Raisi dalam perjalanan pulang dari lawatan ke sempadan Azerbaijan di barat laut Iran.
ECERDC komited tingkat kehidupan rakyat pantai timur selari SDG
Penganjuran Sidang Kemuncak SDG Malaysia 2024: Wilayah Timur jadi bukti keseriusan ECERDC dalam merealisasikan perkara tersebut.
Man City rangkul kejuaraan kali keempat berturut-turut, atasi pencapaian Man United
Kejayaan terbaru City hadir apabila mereka mengatasi West Ham 3-1 pada hari terakhir.
Sharul Aimy cipta sejarah, rangkul pingat sulung negara pada kejohanan Asia
Atlet berusia 22 tahun itu menyambar gangsa acara melombol dengan mencatatkan 14.466 mata di belakang Carlos Yulo dan Abdulaziz Mirvaliev.
KKDW peruntuk RM1.5 bil dalam RMK12 untuk pembangunan luar bandar Sarawak
Ia bagi memudahkan pelaksanaan pelbagai upaya bagi mencipta masyarakat luar bandar yang kompetitif dan meningkatkan kualiti hidup mereka.
Koperasi dinasihat jangan amal konsep Ali Baba - Saarani
Katanya, tindakan berkenaan bukan hanya merugikan, bahkan ia tidak memberi nilai tambah bagi kemajuan dan pembangunan koperasi tersebut.
Melaka bakal bina litar kereta kawalan jauh bertaraf antarabangsa
Melaka akan membina sebuah litar kereta kawalan jauh bertaraf antarabangsa di atas tapak berkeluasan sehektar berhampiran Pantai Tanjung Bidara di sini, bermula November depan.
RUU Keselamatan Dalam Talian dijangka dibentang hujung tahun ini
Rang Undang-Undang (RUU) Keselamatan Dalam Talian dijangka dibentangkan pada sidang Parlimen selewat-lewatnya hujung tahun ini, kata Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching.
Melaka mohon KPKT bina tapak pelupusan sisa pepejal sektor ICI
Sebanyak 30-40 peratus daripada keseluruhan sisa pepejal yang dibuang ke Tapak Pelupusan Sisa Pepejal Sanitari Sungai Udang adalah sisa ICI.
Bapa didakwa bunuh bayi enam bulan
Isteri tertuduh yang berada di galeri awam menangis sebaik pertuduhan terhadap suaminya, dibacakan.
Peniaga warung terlepas hukuman mati, digantikan penjara 35 tahun
Hakim Tengku Maimum mengetepikan hukuman mati terhadap Mohamad Zulkifli Ismail, 59, yang dijatuhkan Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu pada 27 Mei 2018.
Tikam rakan kerana dadah, sumbat mayat dalam peti ais
Nicholas McGee didapati bersalah atas tuduhan membunuh, merompak, menyembunyikan mayat dan bahan bukti.
Dua lelaki warga Myanmar bebas tuduhan bunuh penyelia
Keputusan itu diperolehi setelah mendengar keterangan saksi dan membaca hujahan kedua-dua pihak.
Dua bersaudara dituduh bunuh lelaki
Dua bersaudara dihadapkan ke Mahkamah Majistret Seri Manjung atas tuduhan membunuh seorang lelaki.
Lelaki warga emas direman seminggu, bantu siasatan kes bunuh abang, kakak ipar
Suspek direman sehingga 12 Mac depan bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Berebut harta, suami isteri mati dibunuh
Suami isteri ditemui mati dipercayai dibunuh di kawasan kebun sawit dekat Pantai Remis, Manjung pada Selasa.
Empat rakan sekerja didakwa bunuh pekerja kelab malam
Empat rakan sekerja didakwa membunuh seorang pekerja kelab malam di Mahkamah Majistret Johor Bahru pada Rabu.
21 Mac tarikh baru sebutan semula kes polis langgar mati pelajar
Ia bagi membolehkan pihak pendakwaan melengkapkan dokumen bagi perbicaraan, mengikut Seksyen 51A Kanun Tatacara Jenayah (CPC).
Bekas posmen didakwa bunuh Bella
Lelaki berkenaan didakwa membunuh mangsa yang ketika kejadian berusia 32 tahun.